Friday, December 31, 2010

Tom Yam Campur

Mari tengok resipi sup Tom Yam Campur yang menggunakan kiub tomyam Knorr. Amat mudah. Orang tua-tua kata, main campak-campak je..sukati je kan..kalo campak tak masuk periuk satu hal pulak aku nak mengutip satu-satu..hikhik..membebel pulak..

TOM YAM CAMPUR

Meh kita tengok bahan-bahan & cara membuatnya.

Bahan-bahan:

3 kiub Tom Yam Knorr
100 gm isi ayam
50 gm daging
7 ekor sotong
10 ekor udang sederhana besar
4 helai daun limau purut
3 biji air limau nipis
500 ml air masak
Dua batang serai
Bawang besar (dipotong empat)
Cili padi (ditumbuk kasar)
Sebiji tomato
Segenggam cendawan tiram
Sedikit bunga kobis
Sebatang lobak merah
Daun ketumbar
Garam dan bahan perasa

Cara penyediaan:
  1. Masukkan air masak & kiub tom yam Knorr di dalam periuk. Setelah air mendidih sedikit, masukkan daun limau purut, serai, bawang besar, cili padi & air limau nipis.
  2. Setelah naik harumannya, masukkan sayuran yang keras seperti lobak merah & bunga kobis terlebih dahulu.
  3. Kemudian masukkan ayam, daging sotong & udang. Kacau sedikit kemudian masukkan cendawan tiram & tomato.
  4. Rasa kuah sup, jika perlu tambahkan garam & bahan perasa.
  5. Angkat & tabur sedikit daun ketumbar untuk hiasan.
  6. Sedia untuk dihidangkan.

Resipi ini amat sesuai untuk dimakan bersama kailan ikan masin & telur dadar. Juga enak dibuat sebagai bihun tomyam.

2 comments:

::Mamalyna:: said...

sara, nape semua entry makan2, lapor nie, huhuhu

A . L . A said...

Mamalyna..banyak sgt makanan sebab 3 ari berturut2 buat potluck ..so saje nkpenuhkan entry dengan resipi..hihi

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...