Monday, December 20, 2010

Sambal Tumis Ikan Bilis

Resipi ini diturunkan oleh Bonda kepada anakanda nya yang sorang ini..Pada yang dah kenal siape Cik Uji ni, memang dah tau sambal tumis dia la yang paling power sejak azali lagi..eceh..eceh..eceh..

Moh kita survey bahan-bahan & cara penyediaannya. Sukatan bahan-bahan ini adalah untuk penyediaan seramai 4 orang.

SAMBAL TUMIS IKAN BILIS

Bahan-bahan:
2 genggam ikan bilis (segenggam dimesin/ditumbuk mentah & segenggam lagi digoreng garing)
2 ulas bawang besar
1/2 inci belacan (tidak perlu dibakar)
4 sudu besar cili mesin (cili kering perlu direbus & di mesinkan)
3 sudu besar air asam jawa
2 sudu besar gula
1/2 sudu besar garam
Bahan perasa secukupnya

Cara penyediaan:
  1. Mesin bawang besar & belacan terlebih dahulu.
  2. Panaskan minyak, masukkan bawang & belacan yang telah dimesin tadi. Kacau sehingga bawang layu atau kekuningan sedikit. Jangan sampai hangus pulak, nanti pahit sambal kita.
  3. Masukkan ikan bilis yang telah dimesin terlebih dahulu kemudian masukkan cili mesin. kacau sehingga cili betul-betul masak.
  4. Setelah cili sudah masak atau naik minyaknya, masukkan garam, bahan perasa, gula & air asam jawa.
  5. Apabila sudah sebati, masukkan ikan bilis yang telah digoreng tadi. Kacau & sedia dihidangkan.

Tips untuk resipi ini:

  • Pastikan anda tidak menggunakan cili boh ataupun cili yang telah siap dipack dalam plastik. Ini adalah kerana kebanyakan cili tersebut terlalu masam atau terlalu masin.
  • Rajin-rajinkan diri buat cili yang fresh dimesin. Mesin banyak-banyak, simpankan dalam peti sejuk. Untuk tahan lama letakkan minyak di atas cili yang dimesin & simpan dalam peti sejuk.
  • Pilih cili kering yang kedutnya banyak, kerana cili tidak berkedut itu adalah sangat pedas. Contoh adalah seperti di bawah:

Cili kering yang cantik berkilat ni adalah sangat pedas..hati-hati yea..

Yang ini pula cili yang kurang pedas..biasanya saya pakai ini untuk sambal tumis

Harus cuba resipi ini. amat sesuai dijadikan sambal nasi lemak..pasti terangkattt!!..

0 comments:

No comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...