Sunday, December 19, 2010

Kueh Teow Goreng Kerang ala Mysara

Haaa...arini nak share resipi ngan korang, Kueh Teow Goreng Kerang style Mysara..kihkih..Dah lama tak buat kueh tiau ni, ntah kenape atas permintaan en asben kenala buat jugak. Sonang je nak buat kueh teow ni, cuma yang remehnya nak sediakan bahan-bahan macam nak kena kopek (eh...silap kupas) kerang tu je yg leceh..

KUEH TEOW KERANG ala MYSARA

Ok ini di antara bahan-bahan & cara membuatnya.

Bahan-bahan:
1 paket kueh teow (bilas dengan air dulu yea)
1 kilo kerang (celur kerang dahulu kemudian diambil isinya)
Daging (seberapa banyak yang anda suka)
1 paket fish ball/fish cake
Daun kuchai (ikut suka nak berapa banyak)
Taugeh (ikut suka jugak, lagi banyak lagi ummppphh..)
Sawi (sepokok dua)
3 ulas bawang putih (perlu dimesin atau ditumbuk terlebih dahulu)
2 sudu besar cili boh/cili mesin
3 sudu besar kicap cair
1 sudu besar sos tiram
1 sudu besar sos cili
1 sudu besar sos tomato
1 sudu kecil garam

Cara penyediaan:

  1. Panaskan minyak, masukkan bawang putih yang telah ditumbuk tadi. Goreng sehingga naik bau.
  2. Masukkan cili, setelah cili masak sepenuhnya, masukkan sos tiram, sos cili & sos tomato. Kacau sehingga sebati kemudian masukkan garam.
  3. Masukkan daging, kerang & fishball/fishcake. Goreng sehingga kering sedikit airnya. Jika anda ingin menyediakan kueh teow basah, tidak perlu tunggu sehingga air daging kering.
  4. Seterusnya masukkan kueh teow tadi & siram kueh teow tersebut dengan kicap cair, lagi sedap kalau guna kicap Cap Kipas Udang (yang kaler merah tu).
  5. Kacau sehingga sebati. Akhir sekali masukkan sayuran seperti sawi, kuchai & taugeh.
  6. Tidak perlu mengacau lama supaya sayuran tidak terlampau layu.
  7. Setelah siap, angkat & sedia untuk hidangkan.

Tips resipi ini: Pastikan anda celur kerang tersebut BUKAN rebus kerana yang menjadikan resipi ini sedap adalah air/darah kerang itu sendiri.

Selamat mencuba.

1 comments:

oja said...

kecur uuu

1 comment:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...