GORENG KACANG PANJANG DENGAN HATI AYAM
Cara Penyediaan:
- Gaulkan serbuk kunyit & sedikit garam bersama dengan hati ayam yang telah dibersihkan.
- Masukkan minyak ke dalam kuali, setelah sedikit panas gorengkan hati ayam sehingga betul-betul garing.
- Masukkan kacang panjang & bawang besar. Kacau sehingga kacang panjang lembut sedikit.
- Siap dihidangkan.
Tips untuk resipi ini:
Pastikan anda menggoreng hati ayam dengan garing kerana hati ayam ini lagi garing lagi bertambah sedap. Orang kata lagi hitam lagi baguih..jadi serdak-serdak hati ayam yang melekat-lekat kat tepi kuali tu menambahkan lagi kesedapan kacang panjang.
0 comments:
Post a Comment