Thursday, December 30, 2010

Sagu Bersantan Bersama Air Gula

Kali ini nak berkongsi resipi pemanis mulut ataupun dessert buat pertama kalinya dalam blog ini, Sagu Bersantan bersama Air Gula. Sedap giler sehhh dessert ni..first time makan rasa ummpphh..lagi sedap kalau disejukkan dalam peti ais..ai tambah dua kali uuu..

Resipi ini aku dapat ari opismate, Kak Ita yang sememangnya pakar bab dessert ni.

Gambar mungkin tidak menyelerakan tapi rasanya best sekali!!! ;)

SAGU BERSANTAN BERSAMA AIR GULA

Moh kongsi bersama bahan-bahan dan cara membuatnya.

Bahan-bahan:

1 cawan biji sagu (biji berwarna hijau)
2 cawan air
1 buku gula merah atau gula melaka
3 sudu besar gula pasir
2 cawan santan pekat
1 helai daun pandan
Garam

Cara Penyediaan:
  1. Cuci biji sagu dengan tapis. Sambil-sambil tu renjiskan air supaya sagu sedikit kembang dan tidak berbiji di dalamnya.
  2. Panaskan air di dalam periuk, setelah mendidih ambil sebiji sagu dan dipicit untuk memastikan sagu tidak terlalu keras.
  3. Masukkan biji sagu tadi ke dalam air yang sedang mendidih. Kacau sehingga rata dan berkilat.
  4. Setelah sagu tadi cukup pekat dan berkilat, tuangkan kedalam acuan atau bekas yang cantik. Sejukkan sagu tersebut di dalam suhu bilik.
  5. Untuk kuah santannya, didihkan santan pekat tadi bersama secubit garam. Setelah mendidih, angkat & sejukkan.
  6. Untuk air gulanya pula, masakkan gula merah atau gula melaka bersama dengan gula pasir dan sedikit air. Masukkan juga daun pandan dan kacau hingga mendidih.
  7. Siramkan air gula & kuah santan tersebut pada sagu untuk dihidangkan.

Tips untuk resipi ini:

Simpan sagu yang telah dimasak kedalam peti ais kerana dessert ini lagi sedap jika dimakan sejuk-sejuk..marvellousss!!!!..

0 comments:

No comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...