Masuk hari ketiga rasa dah tak larat dah nak bangun awal-awal pagi memasak. Tengah orang lain rancak tengok bola Malaysia vs Indonesia kat Bung Karno, aku berperang kat dapur.Balik keje petang tadi, pegila beli barang-barang untuk masak Tom Yam Campur esok. Nasib baikla en asben sudi meneman.
Malam tu lepas Aariq dah lena tido, mula la start memasak. Main campak-campak je bahan, mentang-mentangla sup aje, pulak tu pakai kiub tomyam..20 minit siap semua.
Tom Yam Campur untuk Potluck 3rd day esok!!..mewah dengan seafood
Tengah mengemas, dengarlah kecoh kat kedai makan depan tu terjerit-jerit..bukak tv tengok Malaysia menang 4-2 ngan Indonesia. Terberenti kejap basuh pinggan, layan tv pulak, pastu fesbuk, pastu blog...lama-lama tu baru teringat pinggan berlambak kat sinki tak basuh lagi..ai ni memang suka tau buat keje separuh-separuh...kihkih
Esoknya, takdela bangun pagi sangat..rasa cam malas gi keje pun ada..owh! teringat, Malaysia menang malam tadi PM kasik cuti Jumaat ni..yipppiieeee!!! Baru terasa semangat nak pi keje...
Breakfast for the day, Popia Goreng berintikan daging burger & pau kacang by Amirra
Bihun Goreng Singapore also by Amirra
Nak jugak masuk dalam entry.. :P
Lunch lady, Kak Ti sibuk kauk nasi untuk semua
Doa time...Aminnn...
Rezeki hari ini, tomyam by me, asam pedas by Kak Jah, sambal udang by Syana, daging babu by Kak Ita, sayur kacang sponsored by Kak Ti (katanye bangun lambat..tak sempat masak)
Lunch lady, Kak Ti sibuk kauk nasi untuk semua
Doa time...Aminnn...
Rezeki hari ini, tomyam by me, asam pedas by Kak Jah, sambal udang by Syana, daging babu by Kak Ita, sayur kacang sponsored by Kak Ti (katanye bangun lambat..tak sempat masak)
Dessert for the day, agar-agar gula melaka by Kak Ita
Hari ini merupakan hari terakhir berpotluck memandangkan esok cuti...ai nak ucapkan Selamat Bercuti!!!
0 comments:
Post a Comment