Friday, December 31, 2010

Tom Yam Campur

Mari tengok resipi sup Tom Yam Campur yang menggunakan kiub tomyam Knorr. Amat mudah. Orang tua-tua kata, main campak-campak je..sukati je kan..kalo campak tak masuk periuk satu hal pulak aku nak mengutip satu-satu..hikhik..membebel pulak..

TOM YAM CAMPUR

Meh kita tengok bahan-bahan & cara membuatnya.

Bahan-bahan:

3 kiub Tom Yam Knorr
100 gm isi ayam
50 gm daging
7 ekor sotong
10 ekor udang sederhana besar
4 helai daun limau purut
3 biji air limau nipis
500 ml air masak
Dua batang serai
Bawang besar (dipotong empat)
Cili padi (ditumbuk kasar)
Sebiji tomato
Segenggam cendawan tiram
Sedikit bunga kobis
Sebatang lobak merah
Daun ketumbar
Garam dan bahan perasa

Cara penyediaan:
  1. Masukkan air masak & kiub tom yam Knorr di dalam periuk. Setelah air mendidih sedikit, masukkan daun limau purut, serai, bawang besar, cili padi & air limau nipis.
  2. Setelah naik harumannya, masukkan sayuran yang keras seperti lobak merah & bunga kobis terlebih dahulu.
  3. Kemudian masukkan ayam, daging sotong & udang. Kacau sedikit kemudian masukkan cendawan tiram & tomato.
  4. Rasa kuah sup, jika perlu tambahkan garam & bahan perasa.
  5. Angkat & tabur sedikit daun ketumbar untuk hiasan.
  6. Sedia untuk dihidangkan.

Resipi ini amat sesuai untuk dimakan bersama kailan ikan masin & telur dadar. Juga enak dibuat sebagai bihun tomyam.

Thursday, December 30, 2010

Goreng Kacang Panjang dengan Hati Ayam

Inilah resipi untuk hari pertama kami berpotluck itu hari. Sempoi & sedap, tapi bagi yang tak makan organ-organ dalaman ni boleh skip entry ni ek...

GORENG KACANG PANJANG DENGAN HATI AYAM

Jom jengah bahan-bahan & cara membuatnya.

Bahan-bahan:
200 gm hati ayam
Seikat kacang panjang (dipotong 2cm panjang)
2 biji bawang besar (dipotong bulat)
2 ulas bawang putih
Garam

Cara Penyediaan:
  1. Gaulkan serbuk kunyit & sedikit garam bersama dengan hati ayam yang telah dibersihkan.
  2. Masukkan minyak ke dalam kuali, setelah sedikit panas gorengkan hati ayam sehingga betul-betul garing.
  3. Masukkan kacang panjang & bawang besar. Kacau sehingga kacang panjang lembut sedikit.
  4. Siap dihidangkan.

Tips untuk resipi ini:

Pastikan anda menggoreng hati ayam dengan garing kerana hati ayam ini lagi garing lagi bertambah sedap. Orang kata lagi hitam lagi baguih..jadi serdak-serdak hati ayam yang melekat-lekat kat tepi kuali tu menambahkan lagi kesedapan kacang panjang.

Popia Goreng berintikan Daging Burger

Ini resipi simple yang aku ambil dari Amirra, my opismate. Amat sesuai untuk anak-anak yang susah nak makan sayur ataupun kekadang bapak orang macam asben eden pun bukannya suka sayur pun, jadi resipi ini amat sesuai untuk golongan yang cerewet makan seperti contoh tadi..hikhik..

POPIA GORENG INTI DAGING BURGER

Mari kita tengok bahan-bahan & cara membuatnya.

Bahan-bahan:
1 paket kulit popia frozen (lebih kurang 40 helai kulit popia)
2 paket daging burger Ramly (yang telah dicincang)
1 batang lobak merah (dihiris panjang atau dipotong dadu)
Kobis atau kobis bunga (dihiris panjang)
Daun sup
Daun bawang
3 labu bawang besar
Cili api (ikut suka banyak mana)
3 sudu sos cili

Cara Penyediaan (untuk intinya):
  1. Bawang besar & cili api perlu dimesin terlebih dahulu dan tumis bahan yang telah dimesin sehingga garing
  2. Masukkan cili sos & daging burger. Tumis sehingga garing sedikit kemudian masukkan secubit garam.
  3. Akhir sekali masukkan sayuran, lobak merah, kobis, daun sup & daun bawang. Langkah ini boleh skip jika anda tidak sukakan sayuran.
  4. Angkat & sejukkan.
Cara penyediaan (popia goreng):
  1. Defrostkan kulit popia atau masukkan ke dalam microwave kalau nak cepat.
  2. Isikan sesudu inti yang telah disejukkan tadi dalam kulit popia. Balut cantik-cantik & terus digoreng.
  3. Hidang bersama sos cili thai.

Selamat mencuba..!!!

Sagu Bersantan Bersama Air Gula

Kali ini nak berkongsi resipi pemanis mulut ataupun dessert buat pertama kalinya dalam blog ini, Sagu Bersantan bersama Air Gula. Sedap giler sehhh dessert ni..first time makan rasa ummpphh..lagi sedap kalau disejukkan dalam peti ais..ai tambah dua kali uuu..

Resipi ini aku dapat ari opismate, Kak Ita yang sememangnya pakar bab dessert ni.

Gambar mungkin tidak menyelerakan tapi rasanya best sekali!!! ;)

SAGU BERSANTAN BERSAMA AIR GULA

Moh kongsi bersama bahan-bahan dan cara membuatnya.

Bahan-bahan:

1 cawan biji sagu (biji berwarna hijau)
2 cawan air
1 buku gula merah atau gula melaka
3 sudu besar gula pasir
2 cawan santan pekat
1 helai daun pandan
Garam

Cara Penyediaan:
  1. Cuci biji sagu dengan tapis. Sambil-sambil tu renjiskan air supaya sagu sedikit kembang dan tidak berbiji di dalamnya.
  2. Panaskan air di dalam periuk, setelah mendidih ambil sebiji sagu dan dipicit untuk memastikan sagu tidak terlalu keras.
  3. Masukkan biji sagu tadi ke dalam air yang sedang mendidih. Kacau sehingga rata dan berkilat.
  4. Setelah sagu tadi cukup pekat dan berkilat, tuangkan kedalam acuan atau bekas yang cantik. Sejukkan sagu tersebut di dalam suhu bilik.
  5. Untuk kuah santannya, didihkan santan pekat tadi bersama secubit garam. Setelah mendidih, angkat & sejukkan.
  6. Untuk air gulanya pula, masakkan gula merah atau gula melaka bersama dengan gula pasir dan sedikit air. Masukkan juga daun pandan dan kacau hingga mendidih.
  7. Siramkan air gula & kuah santan tersebut pada sagu untuk dihidangkan.

Tips untuk resipi ini:

Simpan sagu yang telah dimasak kedalam peti ais kerana dessert ini lagi sedap jika dimakan sejuk-sejuk..marvellousss!!!!..

Wednesday, December 29, 2010

Potluck Day 3!!.....

Masuk hari ketiga rasa dah tak larat dah nak bangun awal-awal pagi memasak. Tengah orang lain rancak tengok bola Malaysia vs Indonesia kat Bung Karno, aku berperang kat dapur.Balik keje petang tadi, pegila beli barang-barang untuk masak Tom Yam Campur esok. Nasib baikla en asben sudi meneman.

Malam tu lepas Aariq dah lena tido, mula la start memasak. Main campak-campak je bahan, mentang-mentangla sup aje, pulak tu pakai kiub tomyam..20 minit siap semua.
Tom Yam Campur untuk Potluck 3rd day esok!!..mewah dengan seafood

Tengah mengemas, dengarlah kecoh kat kedai makan depan tu terjerit-jerit..bukak tv tengok Malaysia menang 4-2 ngan Indonesia. Terberenti kejap basuh pinggan, layan tv pulak, pastu fesbuk, pastu blog...lama-lama tu baru teringat pinggan berlambak kat sinki tak basuh lagi..ai ni memang suka tau buat keje separuh-separuh...kihkih

Esoknya, takdela bangun pagi sangat..rasa cam malas gi keje pun ada..owh! teringat, Malaysia menang malam tadi PM kasik cuti Jumaat ni..yipppiieeee!!! Baru terasa semangat nak pi keje...

Breakfast for the day, Popia Goreng berintikan daging burger & pau kacang by Amirra

Bihun Goreng Singapore also by Amirra

Nak jugak masuk dalam entry.. :P

Lunch lady, Kak Ti sibuk kauk nasi untuk semua

Doa time...Aminnn...

Rezeki hari ini, tomyam by me, asam pedas by Kak Jah, sambal udang by Syana, daging babu by Kak Ita, sayur kacang sponsored by Kak Ti (katanye bangun lambat..tak sempat masak)

Dessert for the day, agar-agar gula melaka by Kak Ita

Hari ini merupakan hari terakhir berpotluck memandangkan esok cuti...ai nak ucapkan Selamat Bercuti!!!

Potluck Day 2!!....

Disebabkan nak perabih semua stok-stok dalam peti sejuk, hari ni masak je la sambal sotong ngan sambal ikan. Haa...amik semuanya sambal belaka!! (sebab stok cili yang dah mesin tu pun nak perabihkan jugak). Pepagi tadi sebelum nak masak Aariq meragam la pulak..adoaiii..kena la layan dulu, kasi die tido sekejap, barula boleh start masak.

Lupa pepagi nak snap gambar lauk sambal tadi. Layan je la gambar makcik tupperware ni

Yang merah-merah tu of coursela aku masak..spaghetti bolognaise by my boss, kari ikan by Kak Ita, telur dadar & tumis petola Kak Ti, Mira seperti biasa kene bawak nasi putih

Breakfast untuk pagi ni, sandwich telur & frenchtoast by Syana, nasi goreng sardin by Amirra..ni mesti sedap ni sebab anak-anak dara yang masak...kihkih

Dah kumpul-kumpul gini nampak macam sikit, tapi sebenarnya 10 orang makan still ada lebih lauk..

Dessert by K.Ita, sagu bersantan...mantop beb!!!....Nanti ai bagi resipi kat uolls ek..

Enjoice!!!..kenyang beb..dengan spageti la, sagu la, aiskrim pulak lagi..haisshhh..ngantuk pulak..

Tuesday, December 28, 2010

Potluck Day 1!!..

Minggu ini kami kene kerja, sedangkan yang lain-lain sedap je menikmati cuti mandatori sampai tahun baru..huhuhu..sedih..ape nak buat, dah namanya pun mencari rejeki (lagipun cuti aku yang berbaki tu nak simpan..boleh carry forward ke tahun depan...hihihi...)

Tapi yang bestnye, parking banyak kosong. Selama ni, aku dok terkejar-kejar masa semata-mata nak berebut parking. Pukul 6.45 dah keluar rumah, pukul 7 dah sampai opis, padahal keje stat pukul 8.30..huhu..Minggu ni bole la keluar rumah pukul 7.15 gitu..jalan pun tak jem, ramai berholiday lagi..

Seperti yang dah dipersetujui, unit aku yang kecik ni 'dipaksa' bawak lauk-pauk ataupun masakan masing-masing dari rumah, sebab kantin tutup.

Tu diaa..lauk yang sempat masak..masak lomak cili api ayam & tumis kacang panjang & hati ayam.

Pepagi lagi aku dah semangat bangun awal..5.00 pagi beb! Siapkan semua barang-barang yang nak masak, 5.30 aku dah start menumis..kihkih..ngalahkan orang nak meniaga pepagi..

Yang sempat masak lauk arini hanya Kak Ti, Mira & aku, yang lain-lain Kak Ita dengan aiskrim ngan nasi lemaknya, Syana dengan sandwich sardin untuk dimakan masa breakfast.

Okeh meh kite tengok gambar. Malas nak cerita, tengok je la caption tu..hihi

My boss..hikhik

Tak senonoh betul yang tudung perpel tu..makan pun macam nak tido

Acara makan-makan dalam stor

Okeh tunggu the next entry for the second day potluck!!.....

Thursday, December 23, 2010

Victoria Secret Body Care Collection for Sale!! ..

Korang jangan tak tau jenama Victoria Secret bukan sahaja untuk baju & seluar kecik tu je..Ada jugak dorang jual perfume, body mist, lipgloss & eyeliner tau..

Salah seorang member opis ni baru balik dari USA sinun, so aku yang mewakili tukang promoter ni nak promote barang-barang Victoria Secret ni..

Inilah koleksi barangan Victoria Secret untuk tatapan mata anda

Set "Amber Romance" ini hanya tinggal satu set saje..dijual pada harga RM180

Body mist ini pula harga setiap satu nya RM40

Yang lain-lain pulak macam yang tertera pada gambar yang pertama tadi, harganya seperti berikut:

Perfume (yang botol kecik comel lote tu) : RM 45
Lip Gloss : RM 30
Lip Gloss palette : RM 30
Eyeliner : RM 30

Item-item ini limited tau..so sape cepat dia yang dapat..!!!

Kepada yang berminat sila emelkan order anda saja ke alamat mirrabest@yahoo.com.

CEPAT SEBELUM HABISS!!!

Monday, December 20, 2010

Cekodok Kentang

Mari kita sama-sama berkongsi resipi..hehe..Minggu ni memang banyak nak kongsi resipi, maklumlah stok semua dah ada..Memang semangat betul nak masak.

Resipi cekodok kentang ni datangnya dari Bonda mertua. Baru aku tau yang kentang tu boleh buat cekodok..hihi..kreatip sungguh Cik Munah ni..

CEKODOK KENTANG

Meh jenguk-jenguk bahan-bahan & cara membuatnya:

Bahan-bahan:
1 senduk tepung gandum
2 biji ubi kentang (dipotong dadu)
1 ulas bawang besar (dihiris halus)
Secubit garam
Air secukupnya

Cara penyediaan:

  1. Gaulkan tepung gandum, ubi kentang, bawang besar & sedikit air.

  2. Apabila sudah rata, masukkan garam. Pastikan adunan tadi tidak terlalu cair, jika terlalu cair minyak mudah menyerap.

  3. Panaskan minyak di dalam kuali. Dengan menggunakan sudu besar, masukkan sedikit demi sedikit cekodok tadi.

  4. Setelah garing, angkat & hidangkan.

Juadah ini amat sesuai untuk dicicah bersama dengan sambal tumis ikan bilis tadi..Errmm..lazatnye...

Sambal Tumis Ikan Bilis

Resipi ini diturunkan oleh Bonda kepada anakanda nya yang sorang ini..Pada yang dah kenal siape Cik Uji ni, memang dah tau sambal tumis dia la yang paling power sejak azali lagi..eceh..eceh..eceh..

Moh kita survey bahan-bahan & cara penyediaannya. Sukatan bahan-bahan ini adalah untuk penyediaan seramai 4 orang.

SAMBAL TUMIS IKAN BILIS

Bahan-bahan:
2 genggam ikan bilis (segenggam dimesin/ditumbuk mentah & segenggam lagi digoreng garing)
2 ulas bawang besar
1/2 inci belacan (tidak perlu dibakar)
4 sudu besar cili mesin (cili kering perlu direbus & di mesinkan)
3 sudu besar air asam jawa
2 sudu besar gula
1/2 sudu besar garam
Bahan perasa secukupnya

Cara penyediaan:
  1. Mesin bawang besar & belacan terlebih dahulu.
  2. Panaskan minyak, masukkan bawang & belacan yang telah dimesin tadi. Kacau sehingga bawang layu atau kekuningan sedikit. Jangan sampai hangus pulak, nanti pahit sambal kita.
  3. Masukkan ikan bilis yang telah dimesin terlebih dahulu kemudian masukkan cili mesin. kacau sehingga cili betul-betul masak.
  4. Setelah cili sudah masak atau naik minyaknya, masukkan garam, bahan perasa, gula & air asam jawa.
  5. Apabila sudah sebati, masukkan ikan bilis yang telah digoreng tadi. Kacau & sedia dihidangkan.

Tips untuk resipi ini:

  • Pastikan anda tidak menggunakan cili boh ataupun cili yang telah siap dipack dalam plastik. Ini adalah kerana kebanyakan cili tersebut terlalu masam atau terlalu masin.
  • Rajin-rajinkan diri buat cili yang fresh dimesin. Mesin banyak-banyak, simpankan dalam peti sejuk. Untuk tahan lama letakkan minyak di atas cili yang dimesin & simpan dalam peti sejuk.
  • Pilih cili kering yang kedutnya banyak, kerana cili tidak berkedut itu adalah sangat pedas. Contoh adalah seperti di bawah:

Cili kering yang cantik berkilat ni adalah sangat pedas..hati-hati yea..

Yang ini pula cili yang kurang pedas..biasanya saya pakai ini untuk sambal tumis

Harus cuba resipi ini. amat sesuai dijadikan sambal nasi lemak..pasti terangkattt!!..

Sunday, December 19, 2010

Kueh Teow Goreng Kerang ala Mysara

Haaa...arini nak share resipi ngan korang, Kueh Teow Goreng Kerang style Mysara..kihkih..Dah lama tak buat kueh tiau ni, ntah kenape atas permintaan en asben kenala buat jugak. Sonang je nak buat kueh teow ni, cuma yang remehnya nak sediakan bahan-bahan macam nak kena kopek (eh...silap kupas) kerang tu je yg leceh..

KUEH TEOW KERANG ala MYSARA

Ok ini di antara bahan-bahan & cara membuatnya.

Bahan-bahan:
1 paket kueh teow (bilas dengan air dulu yea)
1 kilo kerang (celur kerang dahulu kemudian diambil isinya)
Daging (seberapa banyak yang anda suka)
1 paket fish ball/fish cake
Daun kuchai (ikut suka nak berapa banyak)
Taugeh (ikut suka jugak, lagi banyak lagi ummppphh..)
Sawi (sepokok dua)
3 ulas bawang putih (perlu dimesin atau ditumbuk terlebih dahulu)
2 sudu besar cili boh/cili mesin
3 sudu besar kicap cair
1 sudu besar sos tiram
1 sudu besar sos cili
1 sudu besar sos tomato
1 sudu kecil garam

Cara penyediaan:

  1. Panaskan minyak, masukkan bawang putih yang telah ditumbuk tadi. Goreng sehingga naik bau.
  2. Masukkan cili, setelah cili masak sepenuhnya, masukkan sos tiram, sos cili & sos tomato. Kacau sehingga sebati kemudian masukkan garam.
  3. Masukkan daging, kerang & fishball/fishcake. Goreng sehingga kering sedikit airnya. Jika anda ingin menyediakan kueh teow basah, tidak perlu tunggu sehingga air daging kering.
  4. Seterusnya masukkan kueh teow tadi & siram kueh teow tersebut dengan kicap cair, lagi sedap kalau guna kicap Cap Kipas Udang (yang kaler merah tu).
  5. Kacau sehingga sebati. Akhir sekali masukkan sayuran seperti sawi, kuchai & taugeh.
  6. Tidak perlu mengacau lama supaya sayuran tidak terlampau layu.
  7. Setelah siap, angkat & sedia untuk hidangkan.

Tips resipi ini: Pastikan anda celur kerang tersebut BUKAN rebus kerana yang menjadikan resipi ini sedap adalah air/darah kerang itu sendiri.

Selamat mencuba.

Betul ke beli barang kat Mydin lagi murah??..

Semalam alang-alang en asben cuti (skang ni susah betul nak dapat cuti, manjang busy nye) ajak la ke Mydin lepas dah puas memborong tudung kat jalan TAR. Tengok peti ais dah kosong, syampu pun ala-ala dah nak abes, kene ketuk-ketuk botol baru nak kuar isinye, sabun basuh kain pun tinggal serdak je..tak boleh jadi ni, harus ke Mydin..

Kalau dulu selalu memborong kat Giant, saje nak try Mydin pulak..member kata sana lagi murah..errmm tak tahula..asalkan apa barang yang aku nak semua ada kat satu tempat.

Kami ke Mydin Subang, adoiaiii penuhnya manusia...nak cari parking pun melilau sejam..Agaknye parents semua ambil kesempatan beli barang keperluan sekolah anak-anak..ye la kan... tinggal lagi dua minggu je sekolah nak buka.

Selesai sudah membeli, moh la kite balik..

Nak kata murah sangat tak la jugak..biase-biase je...habis jugak seratus hengget..harga lebey kuang je kalo pi mana-mana hypemarket..yang penting barang keperluan semua dah ada.

Aariq pun muka letih..mana taknya dari Jalan TAR ke Subang..round dalam Mydin pun dah dekat dua jam

Susun-susun semua barang, penuh jugak peti ais ku ini...haaa...baru ade feel sikit nak memasak...ahaks!

Tapi malam tu akibat penat yang terlampau, memang tak masak langsung..kihkih...nasib baik en asben memahami, tapau apa patut untuk makan malam..tengkiu.. ;P

Saturday, December 18, 2010

Gigi Jarang itu Hensem??...

Hiasan semata..untuk contoh je...cuci-cuci mata sebelum baca entri ni.. :P

Pagi tadi baru terperasan gigi Aariq yang bahagian atas tu rupanya jarang...Aiisshh....mula la pikir nanti bile dah besau, Aariq mesti kureng hensem sebab bila sengih je, mesti nampak gigi tak lawo..
Ni gigi Aariq yang jarang tu...payah nau nak tangkap gambar kasik korang tengok..nipun secara paksaan..cian pulak anak ku itew..

Risaukan tumbesaran anak teruna ku itu, terus google..dapatla info dari Malay Forum..katanya gigi jarang di kalangan baby terutama yang gigi depan tu normal, bila gigi kiri dan kanan mula bertambah nanti, automatik gigi depan tu akan rapat.

Pastu ada pulak satu info lagi..ada pendapat tu cakap baby gigi jarang la elok sebab bile dia dah besau, gigi susu tu akan patah..gigi baru yang tumbuh tu adala ruang sket..jadi takdelah nanti masalah gigi berlapes...fuhh! lega sekejap...

Kalau tidak Aariq akan end up cam gigi.....

macam anak si Bieber ni...eh die gigi jarang ek? baru tau...huhu

takpun macam pakcik Ronaldo ni...seb baik pandai main bola..

Kot macam abe Nuar ni...pandai nyanyi walaupun ala-ala sengau tetap best!

Tapikan kalo dah jadi anak ibu tu...gigi jarang ke, gigi kedepan ke...Aariq tetap ibu sayang..abah yang gigi berlapes tu pun kemain lagi ibu sayang nikan pulak Aariq busyuk-busyuk ibu nih...

budak gigi wabbit... :)

Thursday, December 9, 2010

Taman Syurga Bonda

Perrgghhh...tajuk kemain lagi kan???..Dah lama nak poskan entry ni, tapi asek terlupe je..Ini sempena korang-korang yang suka berkebun-kebun, tanam-tanam pokok ataupun dalam bahasa omputihnye landscaping ke hape kan.

Contoh landscaping kat umah bonda, kire ok la kan sebab tak upah orang designkan taman ni

Kali ni nak bagi contoh taman mini umah mak aku kat Seremban sane..sungguhpun aku yang tak berape minat lanskap-lanskap ni bagi aku "taman buatan sendiri" kat umah mak aku ni kire dah tahap best dah. Cuma bile dah terlampau banyak sangat pokok, tu namanye nak membela nyamuk..dah macam hutan aku nengok..

Ni area depan porch belah kiri, ok tak?

Tengok tingkap tu..bilik mak aku tu..abes diletakkan pokok-pokok sebab katenye senang nak ngendap orang kat luar pagar...boley??

Paku-pakis kat pintu depan, merimbun..gemok-gemok pokok mak aku tanam

Ni je la kolam yang ado...jadile..hajat dihati nak buat kolam letak ikan koi tapi dalam mimpi je la

Batang-batang kayu yang tegak tu tuk koleksi orkid, tapi aku tengok takdepun bunganya, daun je lebat..

Ni pulak jalan nak ke dapur, kemas je..

Rasa-rasanya inilah pokok yang paling besar kat umah mak aku..tak ingat ape nama pokok ni

Mak aku ni agaknye kalo lagi besau tanah mau sumenye merimbun ngan pokok-pokok. Contoh macam dekat porch umah ni sebenonye boleh je kalo nak masukkan 2 kereta, tapi disebabkan banyak sangat pasu-pasu yang diletak kiri kanan tiang, satu je kereta boleh lepas, yang lain-lain kene parking luar yea..

Yang selalu jadi mangsa of coursela kan kereta bapak aku sebab kete aku mane leh kene panas-panas selalu...haha..Alaaa, anakanda bukan selalu balik pun..sekali sekala apa salahnye... :)

So sesape yang datang Seremban meh la singgah umah mak aku ni kalo-kalo nak mintak pokok ke, benih ke.. sebab aku rasa, ada lebey kurang seribu jenis spesis pokok gamaknye mak aku tanam kat umah ni...haha...jangan mare ek makk...mintak ampun...

Wednesday, December 8, 2010

Kuih Talam, Seri Muka, Lapis & Kuih Bingka Terbaek dari Puncak Alam

Entry kali ni nak promote Pak Alang aku nye bisnes kuih. Pak Alang aku ni memang terer bab buat kuih-kuih tradisi ni. Menurun dari Opah gamaknye..Bukan je kuih yang disebut kat atas je die pandai buat, tapi segala kuih-kuih moden, roti, kek memang marvellous.

Kuih kuih kat bawah ni adalah contoh produk yang die buat. Ni pun di bawa masa makan-makan rumah mak andak tu. Antara kuih kuih yang dibawak nye adalah:

Kueh lapis...my feveret :)

Seri muka...yang ni sedap bangett..

Talam santan..lemak berkrimm.

Talam keladi...enak ditelan..

Die ni buat kuih part time je, tapi anyone yang berminat untuk order kuih tradisi ni dari beliau sila lah kontek 012-2811002 (En Hisham). Rasenye kalo korang dok Puncak Alam die boleh hantar dan delivery charges adalah FREE!!

Ni tuan punye kuih..ensem..huahua (Alang, sila bagi kek free besday Aariq nanti)

Pada yang tinggal berdekatan Puncak Alam, Sungai Buloh, Shah Alam ataupun Meru bolehla kontek beliau sebab kuih kuih beliau buat ni sedap pun sedap, murah pun murah...silap-silap boleh dapat free gift gitu...

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...