Friday, December 31, 2010

Tom Yam Campur

Mari tengok resipi sup Tom Yam Campur yang menggunakan kiub tomyam Knorr. Amat mudah. Orang tua-tua kata, main campak-campak je..sukati je kan..kalo campak tak masuk periuk satu hal pulak aku nak mengutip satu-satu..hikhik..membebel pulak..

TOM YAM CAMPUR

Meh kita tengok bahan-bahan & cara membuatnya.

Bahan-bahan:

3 kiub Tom Yam Knorr
100 gm isi ayam
50 gm daging
7 ekor sotong
10 ekor udang sederhana besar
4 helai daun limau purut
3 biji air limau nipis
500 ml air masak
Dua batang serai
Bawang besar (dipotong empat)
Cili padi (ditumbuk kasar)
Sebiji tomato
Segenggam cendawan tiram
Sedikit bunga kobis
Sebatang lobak merah
Daun ketumbar
Garam dan bahan perasa

Cara penyediaan:
  1. Masukkan air masak & kiub tom yam Knorr di dalam periuk. Setelah air mendidih sedikit, masukkan daun limau purut, serai, bawang besar, cili padi & air limau nipis.
  2. Setelah naik harumannya, masukkan sayuran yang keras seperti lobak merah & bunga kobis terlebih dahulu.
  3. Kemudian masukkan ayam, daging sotong & udang. Kacau sedikit kemudian masukkan cendawan tiram & tomato.
  4. Rasa kuah sup, jika perlu tambahkan garam & bahan perasa.
  5. Angkat & tabur sedikit daun ketumbar untuk hiasan.
  6. Sedia untuk dihidangkan.

Resipi ini amat sesuai untuk dimakan bersama kailan ikan masin & telur dadar. Juga enak dibuat sebagai bihun tomyam.

Thursday, December 30, 2010

Goreng Kacang Panjang dengan Hati Ayam

Inilah resipi untuk hari pertama kami berpotluck itu hari. Sempoi & sedap, tapi bagi yang tak makan organ-organ dalaman ni boleh skip entry ni ek...

GORENG KACANG PANJANG DENGAN HATI AYAM

Jom jengah bahan-bahan & cara membuatnya.

Bahan-bahan:
200 gm hati ayam
Seikat kacang panjang (dipotong 2cm panjang)
2 biji bawang besar (dipotong bulat)
2 ulas bawang putih
Garam

Cara Penyediaan:
  1. Gaulkan serbuk kunyit & sedikit garam bersama dengan hati ayam yang telah dibersihkan.
  2. Masukkan minyak ke dalam kuali, setelah sedikit panas gorengkan hati ayam sehingga betul-betul garing.
  3. Masukkan kacang panjang & bawang besar. Kacau sehingga kacang panjang lembut sedikit.
  4. Siap dihidangkan.

Tips untuk resipi ini:

Pastikan anda menggoreng hati ayam dengan garing kerana hati ayam ini lagi garing lagi bertambah sedap. Orang kata lagi hitam lagi baguih..jadi serdak-serdak hati ayam yang melekat-lekat kat tepi kuali tu menambahkan lagi kesedapan kacang panjang.

Popia Goreng berintikan Daging Burger

Ini resipi simple yang aku ambil dari Amirra, my opismate. Amat sesuai untuk anak-anak yang susah nak makan sayur ataupun kekadang bapak orang macam asben eden pun bukannya suka sayur pun, jadi resipi ini amat sesuai untuk golongan yang cerewet makan seperti contoh tadi..hikhik..

POPIA GORENG INTI DAGING BURGER

Mari kita tengok bahan-bahan & cara membuatnya.

Bahan-bahan:
1 paket kulit popia frozen (lebih kurang 40 helai kulit popia)
2 paket daging burger Ramly (yang telah dicincang)
1 batang lobak merah (dihiris panjang atau dipotong dadu)
Kobis atau kobis bunga (dihiris panjang)
Daun sup
Daun bawang
3 labu bawang besar
Cili api (ikut suka banyak mana)
3 sudu sos cili

Cara Penyediaan (untuk intinya):
  1. Bawang besar & cili api perlu dimesin terlebih dahulu dan tumis bahan yang telah dimesin sehingga garing
  2. Masukkan cili sos & daging burger. Tumis sehingga garing sedikit kemudian masukkan secubit garam.
  3. Akhir sekali masukkan sayuran, lobak merah, kobis, daun sup & daun bawang. Langkah ini boleh skip jika anda tidak sukakan sayuran.
  4. Angkat & sejukkan.
Cara penyediaan (popia goreng):
  1. Defrostkan kulit popia atau masukkan ke dalam microwave kalau nak cepat.
  2. Isikan sesudu inti yang telah disejukkan tadi dalam kulit popia. Balut cantik-cantik & terus digoreng.
  3. Hidang bersama sos cili thai.

Selamat mencuba..!!!

Sagu Bersantan Bersama Air Gula

Kali ini nak berkongsi resipi pemanis mulut ataupun dessert buat pertama kalinya dalam blog ini, Sagu Bersantan bersama Air Gula. Sedap giler sehhh dessert ni..first time makan rasa ummpphh..lagi sedap kalau disejukkan dalam peti ais..ai tambah dua kali uuu..

Resipi ini aku dapat ari opismate, Kak Ita yang sememangnya pakar bab dessert ni.

Gambar mungkin tidak menyelerakan tapi rasanya best sekali!!! ;)

SAGU BERSANTAN BERSAMA AIR GULA

Moh kongsi bersama bahan-bahan dan cara membuatnya.

Bahan-bahan:

1 cawan biji sagu (biji berwarna hijau)
2 cawan air
1 buku gula merah atau gula melaka
3 sudu besar gula pasir
2 cawan santan pekat
1 helai daun pandan
Garam

Cara Penyediaan:
  1. Cuci biji sagu dengan tapis. Sambil-sambil tu renjiskan air supaya sagu sedikit kembang dan tidak berbiji di dalamnya.
  2. Panaskan air di dalam periuk, setelah mendidih ambil sebiji sagu dan dipicit untuk memastikan sagu tidak terlalu keras.
  3. Masukkan biji sagu tadi ke dalam air yang sedang mendidih. Kacau sehingga rata dan berkilat.
  4. Setelah sagu tadi cukup pekat dan berkilat, tuangkan kedalam acuan atau bekas yang cantik. Sejukkan sagu tersebut di dalam suhu bilik.
  5. Untuk kuah santannya, didihkan santan pekat tadi bersama secubit garam. Setelah mendidih, angkat & sejukkan.
  6. Untuk air gulanya pula, masakkan gula merah atau gula melaka bersama dengan gula pasir dan sedikit air. Masukkan juga daun pandan dan kacau hingga mendidih.
  7. Siramkan air gula & kuah santan tersebut pada sagu untuk dihidangkan.

Tips untuk resipi ini:

Simpan sagu yang telah dimasak kedalam peti ais kerana dessert ini lagi sedap jika dimakan sejuk-sejuk..marvellousss!!!!..

Wednesday, December 29, 2010

Potluck Day 3!!.....

Masuk hari ketiga rasa dah tak larat dah nak bangun awal-awal pagi memasak. Tengah orang lain rancak tengok bola Malaysia vs Indonesia kat Bung Karno, aku berperang kat dapur.Balik keje petang tadi, pegila beli barang-barang untuk masak Tom Yam Campur esok. Nasib baikla en asben sudi meneman.

Malam tu lepas Aariq dah lena tido, mula la start memasak. Main campak-campak je bahan, mentang-mentangla sup aje, pulak tu pakai kiub tomyam..20 minit siap semua.
Tom Yam Campur untuk Potluck 3rd day esok!!..mewah dengan seafood

Tengah mengemas, dengarlah kecoh kat kedai makan depan tu terjerit-jerit..bukak tv tengok Malaysia menang 4-2 ngan Indonesia. Terberenti kejap basuh pinggan, layan tv pulak, pastu fesbuk, pastu blog...lama-lama tu baru teringat pinggan berlambak kat sinki tak basuh lagi..ai ni memang suka tau buat keje separuh-separuh...kihkih

Esoknya, takdela bangun pagi sangat..rasa cam malas gi keje pun ada..owh! teringat, Malaysia menang malam tadi PM kasik cuti Jumaat ni..yipppiieeee!!! Baru terasa semangat nak pi keje...

Breakfast for the day, Popia Goreng berintikan daging burger & pau kacang by Amirra

Bihun Goreng Singapore also by Amirra

Nak jugak masuk dalam entry.. :P

Lunch lady, Kak Ti sibuk kauk nasi untuk semua

Doa time...Aminnn...

Rezeki hari ini, tomyam by me, asam pedas by Kak Jah, sambal udang by Syana, daging babu by Kak Ita, sayur kacang sponsored by Kak Ti (katanye bangun lambat..tak sempat masak)

Dessert for the day, agar-agar gula melaka by Kak Ita

Hari ini merupakan hari terakhir berpotluck memandangkan esok cuti...ai nak ucapkan Selamat Bercuti!!!

Potluck Day 2!!....

Disebabkan nak perabih semua stok-stok dalam peti sejuk, hari ni masak je la sambal sotong ngan sambal ikan. Haa...amik semuanya sambal belaka!! (sebab stok cili yang dah mesin tu pun nak perabihkan jugak). Pepagi tadi sebelum nak masak Aariq meragam la pulak..adoaiii..kena la layan dulu, kasi die tido sekejap, barula boleh start masak.

Lupa pepagi nak snap gambar lauk sambal tadi. Layan je la gambar makcik tupperware ni

Yang merah-merah tu of coursela aku masak..spaghetti bolognaise by my boss, kari ikan by Kak Ita, telur dadar & tumis petola Kak Ti, Mira seperti biasa kene bawak nasi putih

Breakfast untuk pagi ni, sandwich telur & frenchtoast by Syana, nasi goreng sardin by Amirra..ni mesti sedap ni sebab anak-anak dara yang masak...kihkih

Dah kumpul-kumpul gini nampak macam sikit, tapi sebenarnya 10 orang makan still ada lebih lauk..

Dessert by K.Ita, sagu bersantan...mantop beb!!!....Nanti ai bagi resipi kat uolls ek..

Enjoice!!!..kenyang beb..dengan spageti la, sagu la, aiskrim pulak lagi..haisshhh..ngantuk pulak..

Tuesday, December 28, 2010

Potluck Day 1!!..

Minggu ini kami kene kerja, sedangkan yang lain-lain sedap je menikmati cuti mandatori sampai tahun baru..huhuhu..sedih..ape nak buat, dah namanya pun mencari rejeki (lagipun cuti aku yang berbaki tu nak simpan..boleh carry forward ke tahun depan...hihihi...)

Tapi yang bestnye, parking banyak kosong. Selama ni, aku dok terkejar-kejar masa semata-mata nak berebut parking. Pukul 6.45 dah keluar rumah, pukul 7 dah sampai opis, padahal keje stat pukul 8.30..huhu..Minggu ni bole la keluar rumah pukul 7.15 gitu..jalan pun tak jem, ramai berholiday lagi..

Seperti yang dah dipersetujui, unit aku yang kecik ni 'dipaksa' bawak lauk-pauk ataupun masakan masing-masing dari rumah, sebab kantin tutup.

Tu diaa..lauk yang sempat masak..masak lomak cili api ayam & tumis kacang panjang & hati ayam.

Pepagi lagi aku dah semangat bangun awal..5.00 pagi beb! Siapkan semua barang-barang yang nak masak, 5.30 aku dah start menumis..kihkih..ngalahkan orang nak meniaga pepagi..

Yang sempat masak lauk arini hanya Kak Ti, Mira & aku, yang lain-lain Kak Ita dengan aiskrim ngan nasi lemaknya, Syana dengan sandwich sardin untuk dimakan masa breakfast.

Okeh meh kite tengok gambar. Malas nak cerita, tengok je la caption tu..hihi

My boss..hikhik

Tak senonoh betul yang tudung perpel tu..makan pun macam nak tido

Acara makan-makan dalam stor

Okeh tunggu the next entry for the second day potluck!!.....

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...