Sunday, October 31, 2010

Aktiviti hujung minggu.. :)

Sebab mesin basuh kitaorg dah rosak & sampai la ni pun belum siap-siap lagi, tiapkali ujung minggu inilah tempat wajib pegi sebelum aktiviti-aktiviti lain. Nasib baiklah dobi ni dekat je ngan umah, kalo tidak namanya membazir minyak pulak nak ke sana. "Wash & Save" Self service dobi ni ade kat area Tmn Sri Manja, belakang Wisma Peters tu.

Jimat kalo guna service ni berbanding hantar ke dobi, nak pulak kalo berbakul-bakul kain yang nak dicuci. Tempat ni siap dengan dryer, so dah basuh campak terus dalam dryer, masuk syiling, dah siap boleh terus lipat masuk almari...haaaa...kan sonang...tapi ponek laki eden pulak nak mengangkut kain berbakul-bakul bawak naik atas umah kami.

Inilah dryer nye, ade 4 so tak payahla nak berebut-rebut. tempat ni kalo pepagi memang selalu ramai orang, kitaorang gi biasanya dah petang-petang.

Tengokla anak beranak tu, sambil menunggu kain siap basuh..
Ok, abah tengah tunggu kain, Aariq pulak mengamuk nak shushu, terpakselah ibu nyot nyotkan Aariq dalam kete je, meh tangkap gamba ngan ibu pulak..muka Aariq masham sebab ibu asyik snap je dari tadi...

Owwwhhh...sangat boring menunggu, mainan Aariq lupe bawak, belasahla main ngan purse ibu.. Tu space feveret Aariq dalam kete...suka hatilah Aariq, asalkan diam.

Dah penat membasuh..eceh.eceh..padahal mesin yang buat keje, ibu balik kene masak pulak..Arini yang ringkas-ringkas aje. Daging masak lemak cili api, goreng sayur kacang dengan sambal udang feveret abah..Dah kenyang marilah kita berehat-rehat. Malam kang nak sambut anniversary ibu ngan abah. Yang tu di entry yang lain ek..

:)

Wednesday, October 27, 2010

Phone TM CDMA yang beshh!!..

Dah lama sebenarnya dapat henfon ni, tak silap awal bulan aritu, tp maklumla la kan, mak ni kekadang buta IT sikit, barula dapat tau semalam camane nak guna internet. Phone ni kompeni yang baik ati bagi free kat staf-staf. Dah nama pun free, ape lagi apply la satu kan.
Meh cite ape yang best pasal phone ni.
  • Sewa Bulanan ~ PERCUMA
  • Yuran Pakej ~ PERCUMA
  • Panggilan ke PSTN & ATUR 011 (Panggilan Tempatan, Nasional) ~ PERCUMA ke mana-mana Talian Tetap TM tanpa had keseluruh Negara.
  • Kadar Panggilan ke:
  • Talian Mudah Alih (TELCOS, Digi, Maxis) ~ 10sen
  • Talian Tetap Selain TM (Fixed OLNOS) ~ 10sen
  • IDD ~ Kadar biasa
  • Perkhidmatan SMS: ke CDMA, Talian Tetap TM & Talian ATUR 011 ~ PERCUMA
  • Perkhidmatan SMS: ke Talian Mudah Alih (TELCOS, Digi, Maxis, U-Mobile ~ 8sen
  • Deposit ~ PERCUMA
  • Yuran Penyambungan ~ PERCUMA
  • Internet Dial up 1515 (kelajuan sehingga 144 kbps) ~ PERCUMA

Nampak tak semua yang dah diboldkan tu, kaler merah lagi...Free sume...suke makk!!..

Sungguhpun guna dial up je tapi laju wooo (kena tengok coverage nye la kan). Kalo diikutkan sekarang, coverage untuk CDMA ni dah meluas. Boleh dikatakan mana-mana bandar kat Malaysia ni dah cover, even kalo pi Sarawak kat hutan banat tu pun still cover tau. Korang pernah dengar tempat nama Nunuyan, Kalabakan & Nabawan kat Sabah tu? Tempat tu semua pun cover beb...

Walaupun tak secanggih BB ke iphone ke, yang penting free..Lagipun manela mampu nak pakai phone high mentenance cam BB ngan iphone tu. Dulu masa bujang bole la, skang ni kene berjimat cermat beb..

Inilah rupa phone CDMA tu

Haruslah berFB setiap masa, tapi yang tak bestnye kamera takde yea...namapun FREE...

Thursday, October 21, 2010

Adoiaii..ngantok..!

Aariq, pukul bape sayang ibu ni nak tido..??Jam dah nak pukul 1.30 pagi dah..esok ibu nak keje..adoiaiii..anak ibu ni..

Tu nampak tu..dah pukul 1.26 am..haisshh..

Dari tadi dok layan laptop tu, ibu nak ber'fesbuk' pun tak boley. Aariq dari tadi konker sesorg. Ralit nau nengok kartun.

Dahla baju pun Aariq tak mo pakai, dok berlenggeng ngan drypers..Mata ibu naik merah tunggu Aariq. Baik ibu layan tv jap.

Ada jugak peberet chef ibu dalam tv time-time camni..Layan ankel Jamie Oliver masak. Ntah ape menu die ibu dah lupe. Asyik teringat bantal je.

Nota kaki : Last-last Aariq tido jugak tu pun dah nak pukul 2 pagi baru nak lelap. Ibu kat opis ni ngantok giles..

Tuesday, October 19, 2010

Masak ape malam tadi..?

Malam tadi dalam kepenatan yang teramat sangat sempatla jugak nak masak untuk en asben. Masak ape je yang ade dalam peti sejuk.

Antara menu malam tadi

Sambal ikan selar

Tumis sayur sawi cina.

Buat sikit aje sebab tau en asben bukannye makan sangat. Pelik tul, kite yang suka makan sayur ni napela ketinggian tak cukup.

Ikan kering goreng

Nilah menu malam tadi kalo dah dikumpul-kumpul. Arrgh..lupe lak snap telur dadar tu

Yang ni pulak budak bushuk masham dari tadi start masak sampai abes dok main-main ngan abah die, belengas dah ibu tengok. Dah mandi pun nampak macam tak mandi. Tepek bedak banyak sket kasik nampak putih. Alaa...camane la ibu snap lupe nak lap hingus dulu..huhu...

Monday, October 18, 2010

Article best! : Mengatasi masalah kuat marah pada anak

Sejak akhir-akhir Aariq macam tak boleh nak berjauhan ibu, even ibu nk pi toilet pun die nak ikut, inikan pulak kalo nak masak, kene tunggu die tido barulah dapat buat keje-keje umah...haissshhh..tensi akak kekadang tu..Bak kate en asben, ngan anak kene banyak sabar, jgn asik nak marah je..die kan budak lagi...huhu...tul la tu laling, tapi kekadang tu kalo dah hangin, nak2 bile baru balik keje, nak kemas umah, pastu nak masak lagi, Aariq nanges pulak, laling tak balik keje lagi..adoiaii...

Arini baru terbaca satu artikel, dah bace ni rase bersalah pulak pada Aariq..maafkan ibu ye Aariq..kekadang ibu ni cam pentingkan diri jek, kurang sabar...huhu..

Ni la nak kongsi ngan readers pasal apa setengah-setengah parents suka marah-marah anak tak tentu pasal sampaikan tahap pukul-pukul anak..last2 anak tu jadi makin degil sebab dah tak takut kene pukul..orang kate dah jadi lali dah..

Artikel ni tak dapat nak track penulisnya, walau sesiapapun penulisnya credit for you for this artikel!

Buat renungan kita bersama.. para ibu bapa sekalian..Kepada ibu bapa yang ringan tangan dan mulut….renung-renungkanlah. Anak kita adalah cermin diri kita…

Kanak-kanak dalam lingkungan umur 2-7 tahun (preschool memang sering dilabelkan lasak kerana ingin mencuba apa sahaja yang dilihat dan mereka juga didapati ‘tidak dengar kata’. Apa yang berlaku ialah ketiadaan komunikasi dua hala di antara ibu bapa dan anak. Di samping itu kanak-kanak sebenarnya tidak dapat mendengar arahan dengan baik kerana tidak memberikan perhatian kepada suara ibu bapa. Sebaliknya perhatian mereka hanya tertumpu kepada permainan mereka dan alam sekeliling yang ingin diterokai.

Kanak-kanak mempunyai komunikasi verbal yang sangat terhad disebabkan Mereka tidak mempunyai pengetahuan (input) tentangnya. Mereka juga baru sahaja belajar bercakap, oleh itu ibu bapa kerapkali tidak dapat memahami apakah sebenarnya yang dimahukan oleh anak. Maka jadilah anak tersebut menjerit, membaling barang, memusnahkan permainan dan sebagainya lantaran frustration (kekecewaan) kerana hajatnya tidak difahami dan dipenuhi. Kanak-kanak pun tahu kecewa sebenarnya.

Justeru itu siapakah yang bersalah? Sudah tentulah orang dewasa kerana tidak berusaha untuk memahami kehendak si anak. Ada beberapa tip yang boleh diberikan untuk tuan/puan berusaha mengatasi masalah ini.

1. Kanak-kanak sangat memerlukan belaian kasih sayang dan perhatian dari kedua ibu bapa. Sekiranya bapa jarang mendampingi anak, sudah tentulah anak akan mengalihkan perhatian kepada ibunya. Oleh itu cuba fahami bahasa anak dengan bertanya secara lemah lembut kepadanya. Tinggalkan sebentar apa yang tuan/puan lakukan dan berikan perhatian kepada anak. Pandang mukanya dan tatap matanya. Berapa kalikah dalam sehari kita bertentang mata dengan anak. Eye contact sangat penting di dalam apa-apa jenis komunikasi walaupun dengan anak kecil.

2. Sebaik sahaja tuan/puan pulang dari bekerja dan mengambil anak dari nurseri,luangkan masa setengah jam terlebih dahulu bersama anak. Jangan terus ke dapur memasak, angkat kain dsb. Berikan perhatian pertama tuan/puan kepada anak. Tanyakan dengan lembut dan mesra apa yang dibuatnya seharian di rumah bersama bibik atau di nurseri/tadika. Dukung dan peluklah dia serta nyatakan di telinganya, papa/mama sangat sayangkannya. Bermain-main dengannya lebih kurang setengah jam, barulah puan minta diri untuk ke dapur dsb. Insya Allah anak akan lebih mendengar kata kerana perhatian yang diharapkannya telah diperolehi.
~~
yang ni kekadang aku terlupa nak buat sebab tiapkali amek anak dari keje sampai umah aku salin baju terus ke dapo sebab nak kejar masa siapkan dinner tuk laling

3. Ajarkan anak dengan perkataan “tunggu sebentar boleh” sekiranya anak perlukan sesuatu dan tuan/puan tidak dapat berikannya kerana sedang sibuk memasak dsb. Dan layanilah dia sebaik sahaja berkesempatan. Jangan buat tak tahu sahaja atau bersikap acuh tidak acuh kerana sebenarnya tuan/puan sedang mengajar anak agar tidak menghiraukan tuan/puan sekiranya tuan/puan pula yang memanggilnya. The right way to make her listen to you is by listening to her first. Kita tidak boleh expect anak patuh setiap arahan kita kerana Allah tidak menjadikan ia berlaku demikian. Ingatlah anak belajar dengan meniru setiap perbuatan kita. Buktinya boleh dilihat apabila dia melayani adiknya pula.

4. Cuba fahami personaliti anak. Setiap anak dikurniakan oleh Allah dengan personalitinya yang tersendiri. Anak yang suka menjerit walaupun tidak mempunyai apa-apa sebab boleh dikategorikan sebagai personality Sanguine. Anak ini memang sangat sukakan perhatian. Oleh itu jika anak ini menjerit, berilah perhatian kepadanya seperti memandang ke arahnya, bertepuk tangan sekiranya dia menyanyi dengan kuat dsb. Walau bagaimanapun, tuan/puan boleh mengajarkan kepadanya bahawa perbuatan suka menjerit adalah tidak bagus kerana boleh mengganggu adik kecil yang sedang tidur.Sekiranya anak suka menjerit, tuan/puan boleh suruh dia mengadap dinding yang kosong dan menjerit di situ berulangkali sehingga dia letih. Insya Allah dia akankurang suka kepada menjerit kerana mendapati aktiviti tersebut memenatkan. Mungkin dia akan berhenti menjerit atau membuat perangai beberapa hari. Sekiranya dia mengulanginya semula, puan suruh dia lakukan perkara yang sama sehinggalah dia berhenti lama kelamaan. Berikan dia hadiah (gula-gula dsb) jika tuan/puan dapati dia tidak menjerit atau semakin kurang menjerit dalam satu hari sebagai positive reinforcement. Katakan padanya, papa/mama beri hadiah coklat kerana kakak tidak menjerit hari ini. Dengan ini anak akan faham bahawa papa/mama tidak menyukai perbuatan tersebut.

5. Sentiasa ingatkan diri tuan/puan dengan sifat positif anak. Keletah dan karenah anak yang menghiburkan. Tumpukan perhatian tuan/puan terhadap kelebihan tersebut, jangan ingati kekurangan anak dan doakan setiap kali selesai sembahyang agar Allah memudahkan tuan/puan mengubah sifat negatifnya. Bayangkan anak dengan semua sifat-sifat positif yang tuan/puan inginkan setiap kali tuan/puan berinteraksi dengan anak. Boleh juga tuan/puan berbuat demikian setengah jam setelah anak sudah masuk tidur dan nyenyak tidurnya. Usapkan dengan lembut di ubun-ubun kepalanya, cium dan bacakan selawat serta sebutkan harapan tuan/puan kepadanya. Misalnya ‘papa/mama sayang kakak, papa/mama mahu kakak tidak menjerit lagi’. Sebutkan perkara spesifik yang tuan/puan mahukan. Jangan hanya menyebut ‘papa/mama harap kakak berubah’ atau menyebut dengan nada negatif seperti ‘papa/mama tak suka kakak menjerit’. Teknik ini dipanggil imagery atau visualization dan didapati sangat berkesan jika dilakukan berulangkali. Tuan/Puan juga boleh membacakan surah AlFatihah, Ayat Kursi dan 3 Kul kepada anak setiap kali mereka masuk tidur untuk memelihara dari gangguan syaitan.
~~ alhamdulillah, teknik ni pun MIL yang suruh buat..thanks a lot mak..

Mendidik anak tidak mudah apatah lagi di zaman globalisasi yang serba mencabar. Semoga tuan/puan lebih bersabar, jangan ignore anak dan cubalah memahaminya. Fahami dunia anak yang tiada masalah, penuh keseronokan dan penerokaan. Bayangkan perasaan anak apabila dimarahi sedangkan apa yang cuba dibuatnya hanyalah meneroka alam sekeliling. Anak-anak hidup dalam dunia yang tiada peraturan. Ibubapalah yang membuat peraturan, disiplin dan juga galakan kepada anak. Belilah buku-buku tentang panduan mendidik anak, mengenali personaliti anak dan cara-cara menghadapinya. Saya cadangkan tuan/puan cuba dapatkan buku bertajuk “Personality Plus for Parents” oleh Florence Littauer yang boleh didapati di Kinokuniya, MPH dsb. Sesungguhnya pelaburan yang ibubapa lakukan untuk anak akan menjadikan anak sebagai aset terbesar yang paling berharga dalam kehidupan ini. Sekian, semoga Allah mengurniakanrahmat dan kebijaksanaan kepada tuan/puan. Jangan berputus asa dengan anak kerana ia akan membuatkan anak berputus asa terhadap kita sebagai ibubapanya.

Kuatkanlah tahap kesabaran ku ya Allah untuk mendidik anak-anakku..(cam ramai je anak, ni sorg pun cam nak tanggal kain!)

Friday, October 1, 2010

Eid ul-Fitr 2010 @ Kg Tjg Rengas, Kampar

Wahhh...lame tul tak update blog ni. Nak cite pasal sambut raye aritupun dah banyak kali tertangguh-tangguh. Ingatkan weekend boleh la nak update, tp jadual penuh buat marathon open house..huahua..alasan tak konkrit langsung!

Raya tahun ni turn kite, so beraye di Perak kat kampung opah di Kg Tanjung Rengas, Kampar. Tahun ni meriahla sikit sebab ade Aariq, persiapan untuk kitaorg laki bini gitu2 je..semata-mata tuk Aariq..

Tema tahun ni recycle tema akikah Aariq bulan 5 aritu, (black & grey). Save budget, xyah la nk beli sampai 5, 6 pasang baju..huhuhu

Ni la baju masa aqiqah aritu..Aariq suke buat muke tau kalo nk tgkap gambar.

Haa...ni la gamba raye kami..gelap..sbb masa ni pun dah nak magrib, lambat sangat tangkap gambar..sampaikan tak sempat nak mekap2 glamer2..Aariq pun dh boring nunggu lama..
abahnye la yg menten ensem lg..errkk!..hensem ke? huhuhu mestila ensem, dah asben sendiri.. (iklan ni tak berbayar ek)

Gambar raye kitaorg tahun ni memang tak semenggah (kate org perak), maknenye huduh!...Ni je la yang elok sikit..

Yang gambar ramai-ramai lum edit lg, dah ready nanti kite post dalam entry lain ye..

Sekian.

SELAMAT HARI RAYA!!!

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...